CERITA DARI TEGAGENG (PART 5)

Masa rehat dah berlalu…. Smua sbuk mngemas nk masuk ke kelas… aku plak masih diulit kesedapan kepenuhan keperutan keakuan ni…. Bdak2 pun xda lg duk melilau keliling sek… syap sunyi ja….sekolah ni xramai murid… xsampai seratus pun… Cuma kawasan sek ja besar skit dgn 3 bangunan 2 tingkat… 1 bangunan dewan mkn…. Semua saratus peratus daripada kayu… kecuali dapur pkai konkrit… kayu pun jnis standard… kayu belian org sni panggil… first time aku aku tau nma kayu belian…

Aku meneruskan pagi hari pertama aku dgn memulakan sesi P&P…. pengajaran dan pembelajaran… Subjek pertama adalah Pendidikan Islam…  emmm… di depan aku masa 2 xsampai 10 org ja budak… tu pun dh gabung bdak tahun 1 ngan tahun 2… huh tgok riak muka bdak xbsalah ni aku plak jd ksian sgt… terserlah kedaifan bdak2 nie… sayu jgak tgok… aku xberhajat nk mengajar dulu… so apa yang aku buat… aku adakan sesi taaruf… sesi berkenalan…

Sepanjang perbualan… sepanjang bergelak ketawa… sepanjang rambungnya bcrita… aku simpulkan bdak2 ni masih ‘jauh’ dari yang sepatutnya… menggeleng aku jgak… latar blakang bdak2 ni  membawa hikayat yang terlalu panjang… suasana kehidupan yang jauh dari syiar Islam menjadikan keadaan mereka begini… dapat ku katakana bersyukur adanya sekolah disini… sedikit sebanyak ada jgak yg dpt dipelajari mereka daripada terus ‘dhoif’…  Cuma adakah bdak2 ni membawa pulang ‘ilmu’ yang dipelajari…. Untuk dikongsikan bersama keluarga… uhhhh

Bdak2 xpndai menipu… bdak2 akan bercrita apa yang dilihat dia… bdak2 akan igt apa yg dikatakan kepada mereka…. Bergetar jiwa bila mendengar apa yg berlaku tentang kehidupan sosial bdak2 ni… walopun memang ada muslim2 di bndar yang mcm ni… tp aku ksiankan mereka sbb mereka lebih kepada xtau… xperlu aku lanjutkan crita itu disini kerana itu adalah aib dan  aku sentiasa berdoa perubahan sentiasa berlaku kearah kebaikan….  Aaammiiinnn….. insyaallah…

Sesi persekolahan pada hari pertama aku tamat pada tgharinya dengan fikiran aku yang bertambah keliru…. fikiranku masih bercampur2… xdpt langsung nk fokus…. Mana pasal diri… mna pasal perkara baru yang aku akan berdepan sepanjang aku kat sni… jenis kejutan apakah yang aku alami skang ni…. Keliru… sgt keliru…. Dpt ka aku nk harungi semua ni… uuuhhh…. Ya Allah ujian apakah yang diletakkan di bahuku ini… apakah yang Engkau nk tunjukkan kepadaku…

Aku pulang ke rumah untuk merehatkan diri… duduk di atas kerusi dgn kusyen yang tidak bersarung… tertunduk…  sunyi ja di dlam umah… enjin api dh di ttup… cuaca sgt pnas… xtau aku apa yg jadi dluar sna… aku berbaring dan mencuba untuk melelapkan mata di dalam keadaan bdan yang berpeluh kerana kepanasan… tiada kipas untuk mendinginkan diri ini… hilangkan penat sebentar…. Berharap untuk mendapat mimpi yang manis sebagai penawar….

Aku tertidur dan melayang roh aku meninggalkan jasad… sementara menanti hari petang… aku terbuai mimpi… tiada gangguan… sgt sepi dnia ni… terlentang aku dilantai ruang tamu tanpa ada siapa yang kisah…………


******************************************************************
dengan harapan aku cuma 'bermimpi'