FAMILY RAYA

hepi story...

aiman ;-)


aleesya n aiman

aleesya n aiman lagi... ;-)

aleesya bwak keta smbil tidoq..

aleesya comel

yang comel

highway ni aku yg punya

papa n aiman

wonderful family

hai aiman

paklong n aleesya

2 zaman

wan, nenek n akmal

hajah zabedah

posing kat pntai



LAGI2 GAMBAR RAYA

mr tepet n mr ceroit..

mak aku ngan besan dia

ank2 menakanku yg sntiasa ceria

troli terpaksa digunakan utk memudahkan kuih raya dihabiskan

BBQ di rumah alang

family angah

khusyuk mndengar amina bercerita

my bro jd chef..

granpa ngan cucu

akmal sambut besday

best makan kat umah iwan sebonjo

mat azry @ puyuh

Juadah lain BBQ umah alang

kak mona n wak mar

KLIA


TERCIPTA UNTUKKU

TAK MUDAH

melabuh pandangan mata mengenang keadaan yang semakin sukar.... waktu berlalu tp msih payah utk berdiri semula.... semakin dicuba semakin menjerut diri.... pelbagai cerita dicanang di dalam kotak pemikiran atas dasar cuba mewujudkan cerita baru... namun masih berlagu lirik yang sama....


tak mudah meruntuhkan sesuatu yang sedia kukuh.... setiap hari cuba merobos tembok yang sama.... masih terjatuh dan sentiasa tewas.... merimaskan keadaan yang seperti sediakala sentiasa serabut.... sampai bila..?????


dendam menjadi perkara utama sekarang... tuba mesti dibalas tuba... bila dah bertahun cuba memperbaiki keadaan yang keruh... membuat hati terlalu sakit untuk cuba memaafkan.... selama dijanjikan kebaikan selama itu jgak bergelumang dengan kepalsuan.... tersesat di dalam kemahuan sendiri... 


bila tahap kemanusiaan memasuki tahap kebinatangan jadi beginilah.... memperkudakan bilamana memerlukan....  tika kebingungan mencari2 sehingga sanggup mnyembah.... sanggup menggadai bila kosong di dalam genggaman... sehingga menipu itu menjadi kemuliaan.... xpernah cukup2 n xpernah sedar...


selagi berpijak sama, tiada kemaafan utk dihulurkan... sekadar menjadi petanda kebencian meluak.... xmudah utk dibiar... xmudah dilupakan... xmudah diselesaikan.... mata2 lain hanya melihat yang tersirat... mulut2 lain hanya membawa khabar angin... tp kisah sebenar sama digenggam..... permainan kotor.... kotor sehingga ke akar.... ingat sampai bila2.....



SEMAKIN MENJAUH

hari ni melapor diri untuk bertugas setelah 2 minggu 'melarikan diri'..... oohhh masih dlm mood raya aku nie.... terngiang2 bunyi ketawa, hingar bingar, umpat mengumpat...... hehehee... snoknya raya aku tahun nie... namun bila dah menapak kaki ke tempat kerja.. suasana kembali muram.... boringnya aku rasa....


jiwa yang tenang sebentar mula terganggu semula dengan keadaan yang kelamkabut....  hilang senyuman di bibir... menerajah kembali ingatan2 yang xdiperlukan.... pandangan juga asyik menghampakan.... dah xlarat nk angkat muka....  suasana sdih... 'aku yang buat sendiri padan muka'..... otak berfikir benda yg sama... balik2 bnda yg sama lg.... mcm dah xada yang lain......|||????


rasa jgak nak balik sekarang ni.... adoyaaiiii.... nasibla aku ada tgas n komitmen..... aku kena buat jgakla.... walopun  dah xsegagah dulu.... tp aku mesti tanggung jgak.... ini amanah.... namun jauh di sudut hati sdah xkena dengan keadaan dan suasana.... terkurung dengan ketidakpuasan....


memujuk hati agar bersabar n cekal menempuh jalan di depan mata... xmudah tp perlu berusaha.... memilih perkara terbaik sukar kalo terlalu 'negatif'..... hidup bukannya snang.... sdih ttap sedih.... apa boleh buat.... arrggghhhhhh..... tolonggggggg........


****************************************************

mcmmna nak ubah mentaliti niehhhh..... Ya Allah....

MERIAHNYA SYAWAL 2010/1431H

bes tui raya tahun nie... memang raya yg paling meriah bg aku... dengan kehadiran orang 'lama' dan 'baru' buat Syawalku kali ini lebih baik dari sebelumnya... penuh bewarna sambutan kali ini...  :-) .... aku uploadla skit gambaq utk knangan msa dpan.... smoga lebih baik di masa hadapan...... 


anak2 buahku dgn pak su dia.....

my family n paman latif ( habib kiram )


aleesya sambut besday



keriuhan draya ketiga dgn kehadiran kluarga kakak iparku
beraya bersama member2 kat umah iwan

sdap laki bini ni masak... tq byk2 wan

kluarga kakak iparku

first time braya jumpa abg owl....

mak aku sgak dgn 'bakal' menantu, menantu n tok aku....

family pak njang pun datang

cik Mael dtg dh mlm...


******************************************************************************

trima kasih kepada smua atas kegembiraan yang sama kita rasakan pada tahun ni.... salam aidilfitri.... smoga kita semua diberi kesempatan untuk berjumpa lagi dgn cara yg lebih meriah pada tahun hadapan... insyaallah... sayang n rindu anda smua.....


TROUBLE.. TROUBLE.... MASALAHHHHHH






*******************************************

sabar menghadapi ujian dan dugaan


PAGI SYAWAL 1431H



hari ini Allah taala menunjukkan kepadaku suatu perkara yang menyentuh sanubariku... sehingga penghujung hari masih aku berfikir dan sentiasa sedar dengan keadaan diri... xlekang bayangan peristiwa yang dipertayangkan kepadaku pada hari ini.... Allah Maha Besar... Pada Mu aku berserah....


kisah pertama berlaku bila mana ditakdirkan kepadaku seorang hamba Allah duduk disebelahku... dalam kesyahduan memuji2 Allah dan bertakbir, aku tidak sedar akan kehadirannya.. sehinggalah ditunjukkan kepadaku kopiah yang menutupi kepalanya tiba2 'berguling' di atas hamparan... dengan sekadar melirik aku perhatikan orang disebelah aku cuba mngambil semula kopiahnya.. 


betapa terkesima aku melihat tiada lentikan jemari yang menggenggam kopiah itu.. hingga kedua2 tangan disorong untuk mengambil kopiah itu... Namun sukar untk dipegang kerana kopiah itu lebut dan terpaksa dikepit dengan kdua tangannya... sehingga makan masa yang lama untuk diangkat kopiah putihnya... Rupa2nya orang disebelahku kudung kedua2 pergelangan tangannya... sedih ku melihatnya... untuk diletakkan semula diatas kepalanya juga begitu sukar... aku xsanggup memandang cuma mampu menjeling dengan hati yang sungguh terharu.... tiada kedengaran bunyi keluh kesah mahupun celaan... mulutnya masih bertakbir memuji Allah... Allahu Akbar... Segala pujian hanya padaMu....


kisah kedua berlaku di dalam keriuhan budak2 dtg 'mngutip' duit raya... terpandangku satu kelibat seorang remaja dikalangan budak2 'riangria' tersebut... terdetik di hatiku mengatakan "dah besar2 pun 'kutip' duit raya lagi ka...??? ish234x".... aku dekati tubuh tersebut dan ku perhatikan cukup sifatnya... aku cuba xendahkan...


Tersentak aku bila dia bersuara... ohhh rupanya budak ini jgak kurang upaya... bukan fizikal tapi mentalnya... baru ku faham mengapa dia bersama teman2 kecilnya... dalam keenakkan menikmati santapan raya yang disediakan dihadapan rumahku dia meminta izin nk menggunakan tandas.... aku tunjukkan ke dalam rumah... setelah selesai dia kembali keluar dan memakai kasutnya... 


di situlah berlakunya peristiwa menyayat perasaan... aku perhatikan dia sukar memakai kasutnya kembali... dia mengamati begitu lama kasutnya untuk memastikan yang mana kanan yang mana kiri.. dan bila sudah disarungkan dia mengikat semula tali kasutnya sebanyak 8 kali!!! diulang ikatan hanya kerana simpulan ikatan kasut tidak sama panjang... sehinggakan dia terduduk diatas lantai... teman2 kecilnya cuba membantu tapi dia berkeras mahu buat sendiri... ohhhh sedihnya ku melihat.... akhirnya dia berjaya dengan usaha gigihnya... . dia berlalu dan terus melangkah keluar dengan bangga... namun aku terlupa untuk memberi duit raya 'lebih' kepadanya... erkkhhh...


Disini aku melihat dua kejadian yang saling berkaitan berlaku dengan kehendak Allah taala... apa yang ditunjukkan kepadaku ringkas namun begitu mendalam maksudnya... sedikit sebanyak menusuk kedalam sanubariku.... sama2 fikirkanlah apa kesannya... Semoga kita dikuatkan ketaqwaan kita kepada Allah...



********************************************************

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Walillahilham

AKU XMAHU TAHU


Tidak semua perkara kita perlu tahu dlm hdup nie... Terdapat keperluan di mana sesetengah 'info' yang kita tahu hanya mnyakitkan perasaan, menyusahkan dan mendukacitakan... Mentaliti kita berbeza berdasarkan kperluan n pengalaman masing2... Jadi perlu wujud sempadan agar hidup kita lbih tnang dan segar...

Terciptalah perkataan RAHSIA yang boleh digunapakai bila nak mngendalikan sesuatu perbualan... jgn pakai redah ja nk sebut... perlu tahu situasi dan keadaan org... walopun ada diantara kita ni yang jenis ringan mulut tapi berpada- padala 'bergosip'... sebab silap hari bulan perkara yang kita nak cakap bakal menimbulkan kesengsaraan kepada org lain...

sebab tu dlm undang2 negara pun ada akta ISA dan OSA... supaya kita xterlalu jauh bila mnyampaikan maklumat... melindungi kepentingan masing2 dan sndiri jga perlu untuk mengelakkan marabahaya... bayangkan 'KERAHSIAN' xwujud n tak bererti... lintang pukang hidup.... 

jadi mcm tu jgak aku... aku pun kdang2 xmau tau ssuatu pkra... trutama pkara2 yg lepas... jgn dikaitkan dgn aku... jgn terlalu mnjaga tepi sluar aku... masing2 ada hak nk buat apa yg diperlukan... trima dan fahami seketika.... ooohhhhhhh..

*****************************************

let bygone be bygone.... ok peace :-)


SALAM AIDILFITRI 2010/1431H



ucapan selamat hari raya aidilfitri.... maaf zahir dan batin
kepada mak ngan abah
kepada semua ahli keluarga
kepada semua rakan sekerja
kepada semua kawan2
kepada semua yang mengenali diri ini
semoga sambutan syawal kali ini lebih bermakna dan diredhoi Allah..


OH LELAKI

terkenang aku peristiwa sorg member yg kna bleter ngan 'minah' dia dlm tepon... syahdu btui aku tgok.. xda spatah haram pun dia mlawan walopun yg btuinya dia... aku plak yg jd bingung tgok dia... dah setel btepon dia trus mnyambung topik member2 len tanpa mngeluh or mnunjukkan rsa terkilan kat kami org...


terfikir aku panjang  sampai jauh mlalut.... xmudah nk tau rahsia dlm benak hati sorg lelaki... apa yg terpendam terkubur saja dlm empunya diri... fuuuhhhh sukar... ego mungkin... 'or' apa2 yg xda bahasa yg sesuai utk dgunakan..


memikirkan keaadaan yang berlaku, aku pasti KEBANYAKKAN lelaki begitu.... lebih snang diam daripada 'melawan'... walopun berada di pihak yg btul.. byk kmungkinan dlm pala otak ni...  yang pasti bkan kerana lemah tetapi byk yang perlu dipertimbangkan bila nak 'buka mulut'...


kekadang lelaki ni malas nk bertekak n bergaduh bila bercakap... tambahan bnda2 remeh... sbab adakalanya pergaduhan kecil ni bleh berpanjangan n mlalut mnjadi lbih bsar... 2 yang lebih digusarkan lelaki... istilah takut bini, sebenarnya xwujud langsung.... cuma sntiasa mnjadi mainan lidah...


wujud jga bila mana 1 perkataan tersembul daripada mulut seorang lelaki akan mnjadi sgt terkesan sehingga dpt mlukakan hati org lain... yg dpt mngubah keadaan sampai bila2... tapi sgt sukar utk kita dengar kerana lelaki akan berfikir panjang bila nk bercakap...


org xtau bila tergurisnya hati seorang lelaki kerana riak wajah pandai disembunyikan... kadang2 alunan suara jgak xmemperdengarkan kesedihan yg jelas berkerak di hati.... dalam kpala otak yang pnting smua akan kembali normal slepas bbrapa ketika... 'sejuk sndiri'......


erkhhh....nak crita sampai hbis mmg makan masa yg pnjang.... so... kita fikirkanlah sndiri... bkan mudah tegakknya seorang lelaki.... Allah dah jadikan lelaki utk memimpin.... jd apa2 yg berlaku adalah lumrah dan lazim bagi seorang lelaki.... kenalilah lelaki sebaiknya... hormat, sayang, percaya, yakin kepada org dahulu jika nak org lain buat perkara yang sama kpda kita... 



************************************************

AKU JUGA TERGOLONG DI DALAM LELAKI YANG XSUKA 'BUKA MULUT'



NILAI SEBUAH KEMERDEKAAN


Sudah 53 tahun lamanya negara kita merdeka.... namun sebagai 'penghuni' tanah ini apa yang telah kita usaha dan lakukan untuk menghargai 'hadiah' yang kita ada ini... merujuk kepada situasi semasa walopun masih dapt ditutup, kita masih boleh melihat kepada ruang- ruang kosong yang menampakkan 'kekotoran' serta 'kebusukkan'... Kita masih terlena di dalam kesenangan yang sebenarnya adalah hasil kerja keras datuk nenek kita.... kita masih merasa puas dengan apa yang kita 'genggam' sekarang walopun sebenarnya bukan milik kita...





Adakah kita sedar..... apakah hasil yang telah kita sumbangkan untuk negara kita... mentaliti kita masih rendah... kita masih perlu bekerja keras untuk 'survive'... kerana kehidupan kita msih terlalu mncabar.... dan  yang paling ditakutkan bila2 masa sahaja kebebasan ini boleh terlepas bila2 masa sahaja...

kita masih boleh melihat sifat perkauman di antara kita masih jelas dan menebal... kita masih bersikap syak wasangka antara 1 sama lain... kita tidak pernah berhenti malah sentiasa 'menyalakan' semangatnya..... kita sentiasa ragu dan melihat dengan mata yang tajam... sukar selagi kita masih bersikap begini....

selain itu kita juga masih leka merebut 'kekayaan' 'kekuasaan' 'keangkuhan' meskipun kita terpaksa bergadai 'hak' 'kedaulatan' 'tanah' kepada orang lain... kita suka menindas dan memijak satu sama lain untuk kepentingan kita sendiri... masih belum cukup kuat semangat kekitaan, setiakawan, bersama-sama mngembeling tenaga, pandangan dan harapan ke arah yang sama.....

Namun begitu masih sempat untuk kita berubah dan bergerak ke arah landasan yang betul... kalo bukan untuk kita... kita fikirkanlah untuk anak2 kita di masa hadapan.... jangan biarkan mereka menuding jari ke arah kita jika mereka terpaksa menanggung kaburukan yang


*******************************************

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 53