TERGURIS DAN MENGGURIS

berlegar di dalam kehidupan seharian.... kita sibuk memenuhi keperluan hidup dengan pelbagai urusan... setiap perkara cuba untuk diselesaikan bermula dari bukanya mata sehingga tertutp kembali pandangan.... maka bertebarlah kita dimuka bumi Allah ini untuk mencapai hasrat diri......

di celah- celah kesibukan kita tadi.... kita juga melakukan pelbagai perkara sampingan...sama ada tidak disedari mahupun jelas nyata memang niat kita begitu.... semasa berurusan... kita menyampaikan seseuatu didalam bentuk lisan.... namun adakah kita sedar 'kesesuaian' pertuturan kita tadi bertempat atau tidak.... wujudlah perkatan terguris dan mengguris perasaan di dalam masyarakat kita....

apa yang penting di  sini bukanlah untuk diperkatakan tentang bagaimana dan apa yang dapat mengguris perasaan... kita adalah manusia dan tidak terlepas daripada melakukan kesilapan... manusia sentiasa bersifat 'baru'.... walopung dh dilakukan kesilapan sebentar tadi tp kesilapan yang sama boleh dilakukan semula.... itulah kita ni bersifat yang 'baru' sebab sentiasa lupa....... apapun yang terpacul dari mulut kita boleh mengguris perasaan org lain....

cuma fikirkan  bila keadaan sudah berlaku.... bagaimana kita menangani perasaan bila hati kita terguris..... apakah tindakan yang kita ambil selepas itu... adakah kita akan terus melenting..... emmm sukar untuk dijangka.... lebih kepada tahap mana hati kita ni terguris....lebih dalam maka lebih membara.... sampai naik hantuuuuu....

namun sebab itu wujud pula perkataan sabar dan maaf.... semuanya saling berkait... Allah menjadikan hati kita penuh kasih sayang.... agar kita xmudah putus asa dlam perpaduan.... menikmati keindahan dalam perhubungan.... bijak menilai situasi dan menguasai perasaan.... mengelakkan perbalahan... mengikat tali ukhwah dgn ketat....

apa pun tepuk dada tanya diri kita sendiri.... kita adalah sebaik2 penciptaan Ilahi....berbeza jauh dari makhluk2 yang lain.... kita yang memilih jalan berpandukan akal fikiran n iman.... dan yang penting syurga dan neraka dijadikan utk kita.... pilihlah....