PAGI SYAWAL 1431H



hari ini Allah taala menunjukkan kepadaku suatu perkara yang menyentuh sanubariku... sehingga penghujung hari masih aku berfikir dan sentiasa sedar dengan keadaan diri... xlekang bayangan peristiwa yang dipertayangkan kepadaku pada hari ini.... Allah Maha Besar... Pada Mu aku berserah....


kisah pertama berlaku bila mana ditakdirkan kepadaku seorang hamba Allah duduk disebelahku... dalam kesyahduan memuji2 Allah dan bertakbir, aku tidak sedar akan kehadirannya.. sehinggalah ditunjukkan kepadaku kopiah yang menutupi kepalanya tiba2 'berguling' di atas hamparan... dengan sekadar melirik aku perhatikan orang disebelah aku cuba mngambil semula kopiahnya.. 


betapa terkesima aku melihat tiada lentikan jemari yang menggenggam kopiah itu.. hingga kedua2 tangan disorong untuk mengambil kopiah itu... Namun sukar untk dipegang kerana kopiah itu lebut dan terpaksa dikepit dengan kdua tangannya... sehingga makan masa yang lama untuk diangkat kopiah putihnya... Rupa2nya orang disebelahku kudung kedua2 pergelangan tangannya... sedih ku melihatnya... untuk diletakkan semula diatas kepalanya juga begitu sukar... aku xsanggup memandang cuma mampu menjeling dengan hati yang sungguh terharu.... tiada kedengaran bunyi keluh kesah mahupun celaan... mulutnya masih bertakbir memuji Allah... Allahu Akbar... Segala pujian hanya padaMu....


kisah kedua berlaku di dalam keriuhan budak2 dtg 'mngutip' duit raya... terpandangku satu kelibat seorang remaja dikalangan budak2 'riangria' tersebut... terdetik di hatiku mengatakan "dah besar2 pun 'kutip' duit raya lagi ka...??? ish234x".... aku dekati tubuh tersebut dan ku perhatikan cukup sifatnya... aku cuba xendahkan...


Tersentak aku bila dia bersuara... ohhh rupanya budak ini jgak kurang upaya... bukan fizikal tapi mentalnya... baru ku faham mengapa dia bersama teman2 kecilnya... dalam keenakkan menikmati santapan raya yang disediakan dihadapan rumahku dia meminta izin nk menggunakan tandas.... aku tunjukkan ke dalam rumah... setelah selesai dia kembali keluar dan memakai kasutnya... 


di situlah berlakunya peristiwa menyayat perasaan... aku perhatikan dia sukar memakai kasutnya kembali... dia mengamati begitu lama kasutnya untuk memastikan yang mana kanan yang mana kiri.. dan bila sudah disarungkan dia mengikat semula tali kasutnya sebanyak 8 kali!!! diulang ikatan hanya kerana simpulan ikatan kasut tidak sama panjang... sehinggakan dia terduduk diatas lantai... teman2 kecilnya cuba membantu tapi dia berkeras mahu buat sendiri... ohhhh sedihnya ku melihat.... akhirnya dia berjaya dengan usaha gigihnya... . dia berlalu dan terus melangkah keluar dengan bangga... namun aku terlupa untuk memberi duit raya 'lebih' kepadanya... erkkhhh...


Disini aku melihat dua kejadian yang saling berkaitan berlaku dengan kehendak Allah taala... apa yang ditunjukkan kepadaku ringkas namun begitu mendalam maksudnya... sedikit sebanyak menusuk kedalam sanubariku.... sama2 fikirkanlah apa kesannya... Semoga kita dikuatkan ketaqwaan kita kepada Allah...



********************************************************

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Walillahilham